Monday, March 15, 2010

Tragedi Piper Alpha 1988

Pagi ini aku bersubuhkan T-rex. Pukul 6 aku sedar alarm henpon berbunyi riang. Tapi mata agak berat untuk terbuka. mungkin ia belum bersedia menerima sinar.Rasa macam ada benda yang bergayut kat bulu mata. Syaitan agaknya jerit aku dalam hati. Pukul 10 aku bangun. Cergas ke bilik air. Clear. Aku mandi ala-ala kadar penjimatan air je pagi ni sebab sekarang musim kemarau. Simpanan air dalam tangki tu entah tahan berapa lama lagi. Banyak lagi nak guna air ni. Mandi 2 kali sehari, berak, minum, kencing, berak lagi, minum dan kencing. Ini tak termasuk siram pokok bonzai 3 kali sehari lagi ni. Lepas mandi aku terus siap-siap pakai baju. Ah, baju ni masih wangi jadi boleh pakai untuk 3 raound lagi, aku meyakinkan diri sendiri.

Aku capai kotak kaler oren. Ada bau Parksen Kajang. Aku buka penutup kotak tersebut dengan hati-hati. Aku tidak rakus seperti biasa mengoyak kotak sabun tempoh hari. Aku lihat isi dalam kotak tu. Aku senyum puas. Ha ha ha. Aku tambah gelak sebagai perisa. Makcik cleaner pandang aku dari luar tingkap lalu berlari sambil histeria. Aku sedikit pun tidak terpengaruh dengan histeria makcik itu.

Pagi ini aku ada 'presentation' Etika Kejuruteraan. Apekejadah jurutera ada etika. Last-last buat atap stadium pun runtuh juga. Jalan tak pernah tak ada lubang. Etika apa yang dia orang pakai agaknya. Jadi nak present mesti pakai smart. Bukan setakat baju malah kasut mesti nampak smart juga. Serba-serbi smart. Baru konfiden tinggi.

Bagi memastikan smart aku tidak terjejas. Aku mengeluarkan isi kandungan kotak oren itu tadi. Ini dia. Kasut Polo yang terbaik aku pernah ada sejak 1988.

1 comment:

Anonymous said...

beli sndiri2...pky sndiri2....
xkasi org tgok pn cmne kasut tu..hurmm

Search This Blog