Thursday, February 25, 2010

Mustapa Bertapa

Pagi tadi macam selalu aku tak bangun pagi. Sebab jadual aku semester ni memang sinkronais dengan jadual tidur aku. Hari ni memang paling sinkronais. Kelas jam 10 pagi kensel. Bermakna kelas hanya akan bermula pada jam 2 petang. Alhamdulillah..

Sedar tak sedar dah lama rupanya aku berkecimpung dalam bidang IPT. Kalau ikut sistem pembancian sekolah,  aku kiranya sudah darjah 3. Tapi apa yang aku belajar dalam masa 3 tahun ni pun aku tak pasti. Yang aku pasti aku dah semakin mahir main game PES. Game Call Of Duty pun aku dah habiskan 2 siri. DotA pun aku dah master. Kalau ada kutu DotA ajak lawan memang aku on. Sebab aku dah tahu dah aku boleh makan dia orang senang-senang. Setakat pakai Drow Ranger aku sayur-sayurkan je. Ayam je semua tu.

Aku masuk kelas lewat sikit. Dah senior ni aku dah malas datang awal. Bagi la peluang pula pada budak-budak junior datang awal. Masuk je dalam kelas aku ambil port terbaik. Tak belakang sangat dan tak depan sangat. Teringin juga sekali-sekala nak duduk bangku yang paling depan. Tapi nanti apa pula kata Persatuan Pecinta Kerusi Belakang. Aku batalkan niat aku untuk duduk kerusi yang paling depan bagi mengelakkkan timbulnya cakap-cakap belakang.

Sesi borak dimulakan. Tapi kali ni mukaddimah dia lain macam.

"hang taw tak?" kata Tom Cruise (bukan nama sebenar) dengan nada baru bangun tidur.

"tak taw, apa dia?" kata aku sambil lewa.

"exam tinggal lagi sebulan ja" Tom Cruise makin serius dengan kata-kata.

Hemoglobin aku tiba-tiba berderau naik sampai kepala. Wajah ceria aku sebentar tadi bertukar jadi hambar. Mood nak borak terus lenyap. Dalam kepala terbayang masa aku berDotA tak ingat nak study. Kadang main bawa sampai ke malam lalu sampai ke pagi. Dah azan subuh baru reti nak tidur. Pagi esoknya lambat bangun. Dalam kelas memang jarang-jarang nampak muka aku. Kalau nampak tu tandanya masa tu ada kuiz.

Aku hentak meja kuat-kuat. Satu kelas pandang aku. Aku dongak ke atas sambil renung tajam pada syiling dewan kuliah. "Ini tak boleh jadi." jerit aku dalam hati.

Mulai detik itu aku bertekad. Aku nak melaksanakan pertapaan dalam bilik dengan buku-buku yang ada. Mana yang tak ada aku nak pinjam. Sama ada pinjam dari orang atau perpustakaan aku dah tak peduli. Kalau susah sangat aku beli je. Lepas habis exam nanti boleh jual balik.

Nanti sepanjang tempoh pertapaan aku nak kunci bilik. Aku akan hanya keluar bilik untuk buang air besar sahaja. Kalau buang yang kecil-kecilan aku tadah botol je. Masa ni kalu ada orang buzz-buzz aku dekat ym memang aku terus delete nama dia dalam list friends aku. Facebook haram aku tak nak buka. Bukan apa, aku nak hindarkan lalai. Aku masa kedaan normal pun memang anti sangat buzz-buzz ni. Tak ada keja lain ke nak buzz orang. Henset aku biar je tak payah cas. Biar habis dia punya bateri. Baru lah tak ada makwe-makwe yang secret admire aku main miskol-miskol. Tak ada masa nak main miskol di saat genting macam ni.

Macam ni la baru boleh bertapa dengan konsisten.



....



Malam itu aku dapat title Ultraaaaa killlll!!!!! (DotA)

2 comments:

ijad said...

entry yang menarik..

Anonymous said...

cmane nk jd engineer ni abg....

Search This Blog