Sunday, March 28, 2010

Zaman dah banyak berubah chor !!!

Dulu masa aku dalam kategori bawah 12 tahun memang tak berapa meriah. Kampung Gajah masa tu prestasi memang tak up lagi. Cyber cafe baru ada satu. Kedai makan ada 3 je tak silap aku. Paling otai kedai mamak kat baruh. Memang top kedai tu. Petang-petang bersepah orang orang makan roti canai minum teh tarik sambil layan gusti. Orang pakai serban dan pakai kopiah menjadi pelanggan tetap. Kalau naik motor tak pakai helmet polis tak kacau. Mak bapak tak risau anak pergi sekolah naik basikal sebab kereta tak banyak. Trafik light tak ada lagi masa tu.
Cuma yang aku rasa nampak ada kemajuan adalah industri telefon awam. Memang rancak. Malam-malam ramai golongan belia kampung berkumpul dekat dengan telefon awam. Apa yang menarik lepak dekat situ aku pun tak pasti. Mungkin dia orang layan facebook guna telefon awam agaknya.
Ada satu kedai hardware yang top masa ni. Kedai Cikgu Mat Zain nama dia. Tapi tak ada kaitan pun dengan Ziana Zain. Kalau musim bulan puasa, kedai ni menjadi tumpuan budak-budak nak up dari cawangan meriam buluh dan meriam tin. Penjualan karbaid kat kedai ni meningkat dengan mendadak. Sampai aku pernah sekali nak beli karbaid, owner kedai geleng kepala tanda sudah habis stok. Terpaksalah tunggu seminggu lagi stok baru sampai. Bila tiba musim gasing kedai ni jugak aku fokus. Bekalan paku untuk gasing memang banyak kat kedai ni. Banyak sangat pilihan. Zaman tu tak ada lagi kedai menjual alatan memancing. Jadi kedai hardware ini juga lah sekali lagi menjadi tumpuan. Tapi stok mata kail agak terhad. Yang banyak stok batu ladung pelbagai saiz. Aku selalu beli saiz 3. Sedap-sedap memancing orang kata.
Tapi satu benda aku tak berapa puas hati dengan kedai ini. Kalau hari ini harga sepeket mata kail 5 kupang, esok harga dia jadi lain. Inilah masalah orang melayu berniaga. Suka-suka je nak naik harga. Masa ni soal duit tak boleh buat main-main. Masa sekolah rendah mana boleh buat pinjaman ptptn.

..........................


Menjelang tahun 2010 ni Kampung Gajah dah banyak berubah. Kedai makan dah banyak. Cyber Cafe bersepah sana-sini dilengkapi intenert dan facebook. Budak-budak tak lagi tertumpu ke kedai Cikgu MatZain sebab ada 2 kedai hardware lain menjadi saingan. Entah ada ke lagi budak-budak yang main gasing  sekarang ni aku kurang pasti. Sekarang dah ada trafik light dekat simpang empat. Kereta dah banyak pelbagai jenis menyusuri jalan raya. Mak bapak mula risau takut anak kena langgar masa ondeway balik sekolah.
Akan tetapi industri telefon awam kini dah down sangat. Susah sangat nak nampak remaja lingkungan 15 tahun bergayut dekat situ sambil makan kuaci. Penjualan kad telefon juga merosot. Kalau dulu orang ramai berebut-rebut sampai sanggup bertumbuk nak pakai tekefon awam tapi sekarang tak ada siapa nak heran. Ketua kampung dan DO kena ambil berat perkara ni. Jangan sampai anak cucu kita nanti tak kenal apa itu telefon awam.

No comments:

Search This Blog