Wednesday, April 22, 2009

Grammostola Rosea



ini adalah spesis tarantula pertama yang saya pelihara. penjagaannya amat mudah. tarantula boleh dipelihara di dalam bekas yang kecil seperti deli cup atau bekas plastik yang kecil. makanan tarantula ini pula amat mudah iaitu dengan memberi seekor mealworm seminggu. selain itu tarantula dapat hidup tanpa makanan dalam satu jangka masa yang lama. spesis ini amat sesuai bagi sesiapa yang baru menceburi hobi memelihara tarantula ini kerana sifatnya yang pemalu dan harganya yang agak murah dipasaran Malaysia.

Grammostola Rosea

1. nama panggilan: Chilean Rose Hair Tarantula
2. nama saintifik: Grammostola rosea
3. dunia: New World
4. asal: Chile/ Argentina
5. jenis: merayap(terrestrial)
6. saiz penuh: 4-5"
7. kadar tumbesaran: perlahan
8. suhu habitat: 80-85 F
9. kelembapan: 75%
10. sifat: patuh(docile)
11. kelajuan: sederhana


Grammostola Rosea.adalah adalah salah satu spesis tarantula yang terkenal di kalangan penmelihara tarantula (tarantula keeper). G.Rosea adalah spesis yang mudah dipelihara kerana sifatnya yang tenang dan tidak aggresif seperti kebanyakan spesis tarantula yang lain. selain itu ia bergerak dengan perlahan dan boleh dipegang tetapi adalah tidak digalakkan memegang apa-apa juga spesis tarantula kerana ia bukan sahaja membahayakan kita malah boleh menyebabkan kecederaan kepada tarantula itu sendiri.

link: http://www.visualadvance.com/invertcare/caresheets/tarantulas/Grammostola/Grammostolarosea.html

No comments:

Search This Blog