aku lepak di bilik sahaja petang itu. tak ada apa-apa yang hendak dilakukan. sejak dua menjak ini kerana sering sahaja hujan turun dipetang hari. sejuk dan nyaman waktu ini. bunyi speaker yang sering berkumandang memainkan lagu-lagu rock kapak era 90an tidak kedengaran petang ini. yang dapat didengari hanyalah kicauan burung-burung kecil memecah kesunyian petang itu,
walaubagaimnapun, apa yang hendak dikisahkan adalah bukan mengenai burung mahupun lagu rock kapak tersebut. ianya berkenaan dengan kemunculan seekor beruk yang tidak dikenalpasti jantinanya. terperanjat melihat kelibat seekor beruk di dalam kawasan faltlet ini. mungkinkah ia tersesat jalan? ataupun hanya makan angin di habitat manusia kerana bosan hidup di hutan agaknya? dengan kehadiran haiwan hutan itu sudah berjaya mengerutkan dahi penduduk flatlet, apatah lagi setelah melihat beruk itu menggendong tiga ekor anak kucing yang masih kecil dan comel. maka bertambahlah kerut di dahi manusia yang melihatnnya akibat keanehan si beruk itu.
adakah ia mahu menculik anak-anak kucing yang comel itu? jika betul ia mahu menculik, pada siapakah mahu kita laporkan kejadian ini? polis? mahukah pihak polis menyiasat penculikan binatang ini?
kejadian ini sedikit sebanyak mengingatkan tentang kejadian penculikan kanak-kanak yang menggemparkan Malaysia tidak lama dahulu. adakah manusia yang berakal itu dipengaruhi sikap beruk yang disebutkan tadi? atuapun beruk yang sememangnya tidak berakal itu yang mencontohi sifat manusia yang tidak berhati perut?
No comments:
Post a Comment