Saturday, September 5, 2009

Moult, moult dan moult lagi

penat memang teramat dirasai setelah mengerah tulang yang empat kerat ini angkara permainan moden yang dinamakan futsal itu. 10 pemain merebut bola yang satu itu. walaupun agak kurang menarik cara permainan ini namun masih terselit keindahan dan kegembiraan apabila tenaga dikerah bagi menjaringkan gol itu.

mata mula menunjukkan reaksi tidak bermaya akibat dari keletihan. perasaan mengantuk mula meresapi sanubari. tetapi itu tidak berpanjangan. hati mula menjadi riang apabila terpandang sesuatu objek yang jarang dilihat kelibatnya. tarantula sudah selesai menyalin kulit. tiada apa yang membuatkan perasaan ini gembira sekali malam ini selain dari melihat 4 tarantula selesai salin kulit kerana peristiwa sebegini tidak pernah berlaku selama ini. L. Parahybana. Costa Rican Zebra. C. Andersoni. B. Smithi.

No comments:

Search This Blog