Tuesday, February 9, 2010

pagi-pagi kena bangun awal. aku percaya semua sekolah yang ada asrama semua sama. semua kena bangun awal pagi-pagi. kementerian pelajaran kena buat sesuatu. macam mana murid seperti aku nak tidur lambat malam-malam lepas tu bangun lambat di siang hari. banyak projek mega yang aku kena ejas malam. waktu tidur mesti mahu cukup kalau nak berjaya dalam hidup.

dulu masa sekolah rendah dekat kampung gajah boleh bangun lambat hari sabtu sebab hari sabtu sekolah tutup. cuma kadang-kadang buka sebab ada mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru. itupun aku tak pernah pergi sebab guru besar tak cakap masa perhimpunan suruh murid-murid datang. kalau suruh datang pun aku malas nak datang. lebih afdal aku duduk depan tv tengok cerita katun Dragon Ball dekat TV2. guru besar pun tak berapa kamcing dengan aku.

sejak masuk sekolah asrama ni jadual tidur aku berubah serba serbi. hari sabtu kena juga bangun awal. semua murid-murid wajib pergi surau sembahyang subuh berjemaah. lepas sembahyang ada baca-baca Kitab sikit. tapi biasanya aku lebih cenderong ke tidur sambil sandar dekat dinding.

jadi pada suatu pagi sabtu aku gagal bangun awal. sebab malam tu aku ada program rahsia dengan kawan-kawan. jadi aku tak sembahyang subuh di surau. aku pun tersedar. jam pukul 7. masa ni biasanya murid-murid semua dah balik surau. tapi hari itu pukul 7.30 mereka masih tak balik lagi dari surau. aku dengan malas tarik balik selimut. ejas bantal sikit-sikit lepas tu pejam mata. tapi baru 5 minit pejam ada orang panggil nama aku.

"weh, ustat Mail panggil hang. Sapa tak turun Subuh dia nak rotan." kata beliau dengan muke serius.

aku tiba-tiba kaget. berderau juaga darah ni. masa tu ustat Mail punya prestasi memang cemerlang. lagi-lagi prestasi mendenda orang yang tak pergi surau. sebelum ni pernah juga aku kena denda sebab kes yang sama. dia punya denda memang penuh taktikal. dia kasi aku satu plastik sampah warna hitam tu. pastu suruh kutip sampah keliling sekolah sampai penuh plastik tu. tapi aku tak heran sangat denda yang macam tu. senang sangat nak hendel. aku cari tong sampah yang dah penuh dan tuang sampah tu dalam plastik hitam aku. setel. ustat Mael buat muka cuak.

tapi pagi ni aku punya takut lain macam sikit lepas dengar perkataan rotan dari mulut manusia yang kejutkan aku tadi. dengan kadar yang pantas aku sarung kain pelikat, pakai baju melayu, pakai kopiah, perfume kasi calit sikit. masa tu dah tak kisah pasal masalah mulut berbau. aku berlari-lari anak menuju ke surau.

sampai depan surau aku nampak sebaris manusia sedang beratur. eh, ada sarapan ke. biasanya orang beratur dekat dewan makan nak ambil makanan sambil pegang tray besi. tapi kenapa hari ni ramai pulak yang beratur dekat surau pulak. mungkin dewan makan sesak sangat jadi jalan alternatif diambil dengan mengadakan sarapan di perkarangan surau. kalau setakat nak buat sarapan cakap la awal-awal. boleh aku pakai smart sikit. gigi perlu digosok baru sedap makan.

tiba-tiba aku tersentap apabila nampak Ustat Mael keluar dari surau. rotan dipegang kemas di tangan kanan. muka lansung tak senyum. mata merah. suasana menjdi tegang. beberapa murid yang tadinya bersembang sesama sendiri diikuti ketawa kecil-kecilan kini diam. semua saling pandang-pandang muka masing-masing. pucat lesi.

aku pun sama juga. perasaan cuak mula kelihatan di samping menelan air liur tanda takut. tapi oleh sebab aku dah agak biasa dengan keadaan macam ni, aku cuba rilek. aku tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus pela-pelan. setakat rotan di bontot aku boleh hendel lagi. lain la kalau rotan di muka. pak gad pun terkencing dalam seluar kalau kena sepam dua.

piaaap..piaap...kedengaran sayup-sayup bunyi bontot disebat. aku dah jangka dah semua ni. dulu aku pernah kena. boleh tahan dia punya pedih. mula-mula tak rasa apa-apa. tapi selepas beberapa saat sakit dia datang. bredenyut sampai makan beger dabel spesel pun tak ada feel. namun aku tetap cool. tiba giliran aku. aku tenung muka Ustat Mael. dia pandang aku balik. mata merah. aku tunduk. tak sanggup aku tengok lama-lama muka dia. boleh hilang cool aku nanti. dia ucap beberapa patah perkataan yang haram aku tak paham sebab masa tu aku tengah fokus pada rotan dia. dalam kepala otak aku tengah mengira-ngira berapa daya tujahan apabila rotan tu dihayun tanpa belas. dan berapa pula pressure yang terhasil. geseran udara pun kena ambil kira juga tu. semua tu pakai konsep fizik juga. tak sia-sia aku tekun belajar fizik dalam kelas cikgu Wong.


......


aku pergi sarapan macam biasa. menu nasi goreng kurang rasa dengan air teh panas tawar. lepas ambil makanan aku pergi duduk dekat port kawan-kawan aku. semua tersenyum bila nampak aku. ada yang mengucapkan tahniah. ada yang kasi aku ayam yang ada dalam nasi goreng dia. aku senyum dan buat muka megah.

ustat Mael terpaksa outing ke Silibin cari rotan baru yang lebih komited. buat ganti tempat rotan lama yang dah patah di tangan aku pada pagi itu.

1 comment:

Anonymous said...

hahaha...bes2.wat ak tergelak2 bile bace...ayt pon sempoi..best2

Search This Blog